Selasa, 29 Ogos 2017

TAHUKAH ANDA?- EMAS KE-111 Malaysia SEA GAMES 2017 oleh Jaguh Dunia Azizulhasni

Hai semua, Kejohanan sukan SEA ke-29 hampir melabuhkan tirainya, kita lihat semakin banyak kutipan pingat emas yang dikumpul oleh atlet-atlet berbakat negara kita Malaysia, dalam begitu banyak persaingan sengit dari negara-negara jiran kita, dengan kemelut-kemelut yang melanda Sukan SEA edisi ke 29 ini kita masih mampu lagi memberikan yang terbaik.

Tahukah anda Malaysia meletakkan sasaran 111 kutipan pingat emas? Menyamai rekod pada kejohanan tahun 2001,Malaysia mengumpul 111 pingat emas ketika itu (bangga). Mungkin ramai yang sudah tahu emas ke-111 ini disumbangkan oleh siapa namun mungkin juga ada yang belum tahu atau tak nak ambil tahu. Juara dunia, Mohd Azizulhasni Awang menyumbang pingat emas ke-111 itu selepas menewaskan rakan sepasukan, Muhamad Shah Firdaus Sahrom dalam acara pecut final di Veldrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan (Bukan sahaja Emas, Perak pun kita sapu.) #Bangga lagi.



Detik perkiraan angka 111 bermula selepas skuad gimrama meraih pingat emas ke-100 menerusi Amy Kwan Dict Weng dalam acara riben dan kutipan pingat meningkat menerusi acara gimrama, terjun, silat, skuasy dan hoki sebelum skuad berbasikal negara menghadiahkan emas ke-109, 110 dan 111.Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memilih Twitter untuk berkongsi berita gembira apabila beliau tweet “Mission accomplished. #111 done. #KitaJuara” menunjukkan Malaysia muncul juara keseluruhan.
TAHNIAH TEAM MALAYSIA!! #KL2017 #SEAGAMES2017 #RISINGTOGETHER


baca lanjut di freemalaysiatoday

1 ulasan: