Selasa, 22 Ogos 2017

TAHUKAH ANDA? -Emas pertama Malaysia dalam Sukan SEA 2017 (SEA Games 2017) -Chinlone & Asal-usulnya

Tahukah anda? Emas pertama dalam sukan SEA 2017 yang berlangsung di Kuala Lumpur, adalah disumbangkan oleh pasukan Chinlone? Mungkin ramai yang dah tahu mengenai emas pertama ini, namun mungkin juga ada yang tertanya-tanya sukan apakah yang menjadi penyumbang pertama. 
Kejayaan manis ini sangat bermakna buat Malaysia dan ini menjadi pembakar semangat buat skuad Chinlone itu sendiri dan atlet-atlet lain untuk terus menjadi penyumbang pingat bukan sahaja di pentas Asia Tenggara tetapi juga peringkat dunia.




 “Skuad chinlone negara menyumbang emas pertama buat Malaysia menerusi disiplin linking selepas menewaskan Filipina dalam Sukan SEA Ke-29 di Stadium Tertutup Titiwangsa, sebentar tadi.” – Petikan dari stadium astro




Sukan Chinlone pertama kali muncul diperingkat antarabangsa pada sukan SEA 2013 di Myanmar. Mestilah Myanmar yang mulakan sebab sukan ni merupakan salah satu budaya mereka. Dilaporkan yang sukan ni sudah mula wujud 1,500 tahun



Chinlone ni maksudnya bola rotan (caneball) dalam bahasa Burma (Bahasa rasmi Myanmar). Kalau dilihat dari luar, permainan ni nampak macam gabungan antara sukan dan tarian. Biasanya dimainkan oleh enam orang pemain yang mana diorang akan timbang dan pass bola rotan tu dalam bentuk bulatan (saiz bulatan tu biasanya 22 kaki).

Seorang pemain pula akan duduk di tengah-tengah untuk buat aksi solo dengan macam-macam gaya sambil dibantu oleh mereka yang berada diluar bulatan. Permainan tu akan terhenti kalau bola tu jatuh ke tanah. Pusingan baru pun dimulakan balik dengan tukar orang di tengah. Tapi bila masuk sukan SEA, tak ada pemain solo ditengah lagi.

Waktu Myanmar dianugerahkan jadi tuan rumah sukan SEA 2013, dilaporkan yang mereka begitu bersungguh-sungguh melobi untuk masukkan sukan chinlone ni. Alasannya sebab sukan ni “culturally specific”.  Maka banyak kritikan oleh negara luar hingga ada yang anggap Myanmar sedang buat percubaan untuk dapatkan pingat secara mudah dengan memasukkan permainan tradisi yang tidak dimainkan negara lain.

“Pengerusi Suruhanjaya Sukan Filipina, Richie Garcia, mengambil pendekatan jauh dengan mengajak supaya memboikot sukan SEA kerana sukan-sukan bertaraf Olimpik telah digantikan dengan sukan tradisional Myanmar” – Petikan dari Myanmar Times.


Begitulah bagaimana sukan Chinlone ini (secara ringkas) berjaya masuk ke dalam Sukan SEA. Kalau diikutkan terdapat banyak penentangan sewaktu sukan ini nak dimasukkan/disenaraikan dalam acara Sukan SEA. Walaubagaimana pun, segala penat lelah Myanmar untuk mempromosi sukan ini telah pun membuahkan hasil. 

Untuk info lebih lanjut boleh refer di soscili

Tiada ulasan:

Catat Ulasan