Selasa, 19 September 2017

Notis: Maaf tiada sebarang update dalam tempoh 2 minggu


Maaf untuk semua yang sudi singgah and follow TPB, dalam tempoh 2 minggu ni, saya terpaksa pergi ke klinik berturut-turut setiap hari untuk check blood pressure. Oleh kerana kerap mengalami sakit kepala/migraine terpaksa la saya melupakan sekejap blog TPB ni.
Maaf sekali lagi.
P/S: Sesiapa yang sakit kepala atau sakit-sakit yang lain, better terus pergi check di klinik berdekatan ok. Kalau dah melarat ni susah,lagi susah bila dah menganggu kerja kat ofis.
Aduhai....
Harap takda apa-apa yang merisaukan.
Bye


Read more...

Selasa, 12 September 2017

Quote of the day #3


Life is not easy, you have to overcome your obstacles with your own strength without hesitation.
Do what is right, not what is easy.
Remember! all good things comes with great determination.
Have a nice day!!


Read more...

Isnin, 4 September 2017

Cara Refund dalam Google Play (e-book, games and other android purchasing)

Hai semua, kali ni TPB nak share  cara untuk kita buat refund dalam google play. Mungkin ramai yang dah tahu, mungkin ada juga yang masih tertanya-tanya macam mana nak refund duit sedangkan kita tak buat purchasing pun atau pun kawan or family member kita yang buat pembelian tanpa pengetahuan kita. lol. Mostly dalam google play ni nak refund purchasing berkaitan apps sahaja.

Untuk maklumat semua, refund ni hanya boleh dibuat dalam tempoh 48 JAM sahaja selepas pembelian di buat. Macam mana nak tahu yang ada orang buat pembelian? Sesiapa sahaja yang mempunyai account google play mesti akan dapat email pembelian yang dibuat dari situ kita boleh tahu detail pembelian-berapa amount, barang apa yang dibeli ( mostly in app-purchase dalam game android).

Jangan Log in di telefon anda, Kena guna komputer.!


1.Mula-mula, mesti kena log in dalam google play account



2.Dah log in dalam google play account, terus scroll down pada bahagian order history



kemudian, klik pada tiga titik yang di hujung tu then klik pada report a problem.


3. Select option report anda


anda boleh pilih option yang berkaitan dengan refund anda.


4. Masukkan sedikit penjelasan mengenai masalah anda


Sila tulis di bahagian "please describe your issue" untuk meyakinkan lagi google bahawa bukan anda yang buat pembelian tersebut. 

5. google akan email mengenai keputusan refund. 



tadaaaaaa!!!! tepuk tangan sikit. huhuhu.


Anda kena ingat, proses refund ini akan mengambil masa dari 3-5 hari bekerja dan juga bergantung pada jenis bank dan kad bank yang digunakan oleh anda. Untuk proses yang mengguna carrier billing akan mengambil masa selama 10- 20 hari bekerja. Tetapi pembelian jenis carrier billing adalah yang paling susah untuk approve terutamanya yang menggunakan jenis prepaid. Apa-apa pun, mencuba adalah lebih baik dari biarkan duit tu burn macam tu je. Betul tak?

Sekian dari TPB.







Read more...

Selasa, 29 Ogos 2017

TAHUKAH ANDA?- EMAS KE-111 Malaysia SEA GAMES 2017 oleh Jaguh Dunia Azizulhasni

Hai semua, Kejohanan sukan SEA ke-29 hampir melabuhkan tirainya, kita lihat semakin banyak kutipan pingat emas yang dikumpul oleh atlet-atlet berbakat negara kita Malaysia, dalam begitu banyak persaingan sengit dari negara-negara jiran kita, dengan kemelut-kemelut yang melanda Sukan SEA edisi ke 29 ini kita masih mampu lagi memberikan yang terbaik.

Tahukah anda Malaysia meletakkan sasaran 111 kutipan pingat emas? Menyamai rekod pada kejohanan tahun 2001,Malaysia mengumpul 111 pingat emas ketika itu (bangga). Mungkin ramai yang sudah tahu emas ke-111 ini disumbangkan oleh siapa namun mungkin juga ada yang belum tahu atau tak nak ambil tahu. Juara dunia, Mohd Azizulhasni Awang menyumbang pingat emas ke-111 itu selepas menewaskan rakan sepasukan, Muhamad Shah Firdaus Sahrom dalam acara pecut final di Veldrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan (Bukan sahaja Emas, Perak pun kita sapu.) #Bangga lagi.



Detik perkiraan angka 111 bermula selepas skuad gimrama meraih pingat emas ke-100 menerusi Amy Kwan Dict Weng dalam acara riben dan kutipan pingat meningkat menerusi acara gimrama, terjun, silat, skuasy dan hoki sebelum skuad berbasikal negara menghadiahkan emas ke-109, 110 dan 111.Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memilih Twitter untuk berkongsi berita gembira apabila beliau tweet “Mission accomplished. #111 done. #KitaJuara” menunjukkan Malaysia muncul juara keseluruhan.
TAHNIAH TEAM MALAYSIA!! #KL2017 #SEAGAMES2017 #RISINGTOGETHER


baca lanjut di freemalaysiatoday

Read more...

Jumaat, 25 Ogos 2017

Cara buat signature online






cara nak buat signature macam yang diatas sangat mudah dan simple- hanya perlu klik link ini,

klik start > tulis signature yang anda mahu > pilih design > pilih size > pilih warna background dan tulisan > klik download (ada dua,GIF dan PNG) ikut suka anda. 

tiada bayaran dan sangat mudah untuk dibuat dan terdapat lebih dari 100 design untuk dicuba. Cubalah. 
P/S: Boleh save sebagai GIF atau PNG.

Boleh share di Blog ni nanti. Hehehe


Read more...

Khamis, 24 Ogos 2017

Lawak of the day #2

Menyelamatkan Seorang Pesakit Mental

Seorang pesakit mental cuba membunuh dirinya dengan terjun ke dalam sebuah sungai tetapi berjaya diselamatkan oleh seorang pesakit mental yang lain pula. Tidak lama kemudian pesakit yang menyelamatkan temannya itu dipanggil oleh doktor yang merawat mereka.


Doktor: "Hari ini saya ada dua berita utk awak. Satu berita baik, dan 1 lagi berita buruk."

Pesakit mental: "Apa dia doktor?"

Doktor: "Pertama sekali,tahniah kerana awak dah menunjukkan tanda-tanda hampir sembuh daripada penyakit awak kerana awak telah meyelamatkan seorang pesakit yang cuba membunuh diri semalam. Berita buruk pula, pesakit yang awak selamatkan itu didapati telah menggantung dirinya selepas awak selamatkan semalam. Malang sungguh."

Pesakit mental: "Oh! begitu rupanya. Sebenarnya saya yang menggantungnya supaya dia kering dengan cepat..hee.."

Doktor: "?????"

Lawak la jugak. Gelak please!






Source: cerita lawak

Read more...

Rabu, 23 Ogos 2017

Quote of the day #2


A true friend will never betray you.

Nak quote yang menarik? boleh singgah di sini 
Read more...

Selasa, 22 Ogos 2017

TAHUKAH ANDA? -Emas pertama Malaysia dalam Sukan SEA 2017 (SEA Games 2017) -Chinlone & Asal-usulnya

Tahukah anda? Emas pertama dalam sukan SEA 2017 yang berlangsung di Kuala Lumpur, adalah disumbangkan oleh pasukan Chinlone? Mungkin ramai yang dah tahu mengenai emas pertama ini, namun mungkin juga ada yang tertanya-tanya sukan apakah yang menjadi penyumbang pertama. 
Kejayaan manis ini sangat bermakna buat Malaysia dan ini menjadi pembakar semangat buat skuad Chinlone itu sendiri dan atlet-atlet lain untuk terus menjadi penyumbang pingat bukan sahaja di pentas Asia Tenggara tetapi juga peringkat dunia.




 “Skuad chinlone negara menyumbang emas pertama buat Malaysia menerusi disiplin linking selepas menewaskan Filipina dalam Sukan SEA Ke-29 di Stadium Tertutup Titiwangsa, sebentar tadi.” – Petikan dari stadium astro




Sukan Chinlone pertama kali muncul diperingkat antarabangsa pada sukan SEA 2013 di Myanmar. Mestilah Myanmar yang mulakan sebab sukan ni merupakan salah satu budaya mereka. Dilaporkan yang sukan ni sudah mula wujud 1,500 tahun



Chinlone ni maksudnya bola rotan (caneball) dalam bahasa Burma (Bahasa rasmi Myanmar). Kalau dilihat dari luar, permainan ni nampak macam gabungan antara sukan dan tarian. Biasanya dimainkan oleh enam orang pemain yang mana diorang akan timbang dan pass bola rotan tu dalam bentuk bulatan (saiz bulatan tu biasanya 22 kaki).

Seorang pemain pula akan duduk di tengah-tengah untuk buat aksi solo dengan macam-macam gaya sambil dibantu oleh mereka yang berada diluar bulatan. Permainan tu akan terhenti kalau bola tu jatuh ke tanah. Pusingan baru pun dimulakan balik dengan tukar orang di tengah. Tapi bila masuk sukan SEA, tak ada pemain solo ditengah lagi.

Waktu Myanmar dianugerahkan jadi tuan rumah sukan SEA 2013, dilaporkan yang mereka begitu bersungguh-sungguh melobi untuk masukkan sukan chinlone ni. Alasannya sebab sukan ni “culturally specific”.  Maka banyak kritikan oleh negara luar hingga ada yang anggap Myanmar sedang buat percubaan untuk dapatkan pingat secara mudah dengan memasukkan permainan tradisi yang tidak dimainkan negara lain.

“Pengerusi Suruhanjaya Sukan Filipina, Richie Garcia, mengambil pendekatan jauh dengan mengajak supaya memboikot sukan SEA kerana sukan-sukan bertaraf Olimpik telah digantikan dengan sukan tradisional Myanmar” – Petikan dari Myanmar Times.


Begitulah bagaimana sukan Chinlone ini (secara ringkas) berjaya masuk ke dalam Sukan SEA. Kalau diikutkan terdapat banyak penentangan sewaktu sukan ini nak dimasukkan/disenaraikan dalam acara Sukan SEA. Walaubagaimana pun, segala penat lelah Myanmar untuk mempromosi sukan ini telah pun membuahkan hasil. 

Untuk info lebih lanjut boleh refer di soscili
Read more...

Lawak of the Day ( GEMPAK STARZ-lawak kampus)

Lawak la jugak.!




Dalam komik di atas ni, yang first tu memang pilihan saya. Dalam dunia yang serba serbi moden ni, semua nak guna gadget. Kesannya nak tulis tangan pun tak reti nanti.
Terbaik Gempak Starz!!!
Read more...

Isnin, 21 Ogos 2017

Ahad, 20 Ogos 2017

World Royale Legacy of Discord-Furious Wing (LoD) dalam semua server.

Hai selamat sejahtera buat semua yang sudi menyinggah di blog saya ini, ok hari ni nak update pasal game ( LoD-Furious Wings). Game ni bagi saya ok untuk main, tak complicated and tak perlu pening sebab tutorial sangat mudah untuk difahami. Ok, game ini memerlukan masa yang agak panjang untuk menyelesaikan kesemua tutorial, tapi jangan risau sebab kesemua tutorial tu akan memberi rewards yang sangat bagus untuk menaikkan BR anda. BR?? apa tu?? ok BR ni ialah Battle Rating, fungsinya adalah untuk menentukan kekuatan anda ( kadang-kadang BR rendah pun boleh kalahkan BR yang tinggi hahaha) kalau ikut laman web rasmi Legacy of Discord-Furious Wings, untuk menjadi kuat anda perlu menaikkan VIP level, untuk menaikkan vip level anda kena beli diamonds, untuk beli diamonds kena beli pakai duit. HAHAHAHAHAHAHA. tak nak cerita panjang pasal review game ni sebab cuma nk cerita sikit pasal World Royale yang kini sudah ada dalam semua server. Kalau nak tahu review yang ok mengenai game ni boleh refer link yang diberi.



Legacy of Discord mempunyai kemas kini PvP baru yang besar untuk anda sertai! Mod PVP berasaskan negara yang baru yang dinamakan World Royale akhirnya datang kepada semua server! World Royale memberi semua orang peluang untuk bertempur dalam pertempuran epik sambil mewakili negara anda untuk menentukan mana Kerajaan adalah yang terbaik dari yang terbaik. Ia adalah masa untuk berjuang untuk negara dan kerabat anda! Baca seterusnya untuk mengetahui lebih lanjut!

Terdapat 3 pertandingan di World Royale: War of Heaven, War of Eart, dan War of Mortal. Setiap satu daripada tiga kejohanan akan memenangi Juara Dunia mereka sendiri. 




[Peringkat 1] Peringkat Pendaftaran (Hari 1-3)
- 3 hari pertama acara ini ialah Peringkat Pendaftaran. Pemain mesti Lv.70 atau ke atas untuk mendaftar. 


- Selepas peringkat pendaftaran selesai, semua pemain di server tidak dapat mengubah kewarganegaraan mereka untuk tempoh acara tersebut. 

[Peringkat 2] Persediaan (Hari 4)

- Negara mesti mempunyai sekurang-kurangnya 30 pemain yang mendaftar di bawahnya untuk melayakkan diri untuk World Royale. Jika terdapat lebih daripada 30 pemain, sistem akan memilih 30 pemain dengan BR tertinggi untuk mewakili negara mereka. Pemain-pemain ini akan berpecah kepada 3 bahagian: War of Heaven (# 1-10 BR), War of Earth (# 11-20 BR), dan War of Mortals (# 21-30 BR). 
- Semasa fasa Penyediaan, para pemain boleh menyemak Negara-negara yang bersaing, pemain, dan kumpulan Kualifikasi. 

[Peringkat 3] Qualifiers (Hari 5-6)
- Semasa Qualifiers, pasukan di tempat pertama (paling menang) dalam setiap kumpulan akan maju. Sekiranya banyak pasukan memenangi jumlah yang sama kali, pasukan yang mendapat mata paling banyak akan maju. 
- 3 perlawanan akan berlaku setiap hari. 


- 32 pasukan teratas akan maju ke peringkat seterusnya.


[Peringkat 4] Peringkat Kumpulan (Hari 7-8)
- Sehingga 32 pasukan akan dibahagikan kepada 8 kumpulan. 2 teratas dalam setiap kumpulan akan maju. 

- Semasa Peringkat Kumpulan, 3 perlawanan akan berlaku setiap hari. 

- Apabila Peringkat Kumpulan berakhir, sehingga 16 pasukan teratas akan maju ke pusingan seterusnya. 



[Peringkat 5] Penghapusan Akhir (Hari 9-12)
16 pasukan akan berpecah kepada 2 kumpulan dan bersaing dalam best-of-1 elimination hingga juara akhir dimahkotai. 

Tips:
- Apabila pertandingan bermula, pemain mempunyai 3 minit untuk masuk (melalui sistem prompt atau panel acara). Pemain tidak boleh lagi memasuki selepas 3 minit.
- Perlawanan menggunakan peraturan perlawanan yang sama seperti "Battle Royale". Perbezaan mata pada akhir perlawanan akan menentukan berapa mata yang diperoleh untuk kedudukan. Cubalah untuk memanjangkan masa anda dalam mata semasa perlawanan untuk memaksimumkan mata ranking.
- Sekiranya perlawanan bermula dan satu pihak gagal untuk menyertai, pihak lain akan menjadi pemenang. Jika kedua-dua pihak gagal menyertai, pemenang akan ditentukan oleh BR tertinggi.




Read more...

Jumaat, 18 Ogos 2017

Perkara Penting untuk menjadi Ketua/Pemimpin yang HEBAT

Mempunyai idea yang bagus, dan mengumpulkan satu pasukan untuk membawa konsep itu ke kehidupan adalah langkah pertama dalam mewujudkan usaha perniagaan yang berjaya. Walaupun mencari idea yang baru dan unik jarang berlaku; Keupayaan untuk berjaya melaksanakan idea ini adalah apa yang memisahkan para pemimpi dari usahawanBagaimanapun, anda melihat diri anda, apa sahaja umur anda, sebaik sahaja anda membuat PERKARA pertama yang menarik, anda telah mengambil langkah pertama untuk menjadi pemimpin yang kuat dan hebat.


Berikut adalah beberapa ciri penting yang perlu dimiliki oleh setiap pemimpin yang baik, dan belajar untuk memberi penekanan.





Kejujuran
Kejujuran adalah merupakan salah satu aspek penting dalam sesebuah perhubungan, tidak kira perhubungan percintaan atau pun sesama rakan sepejabat. Dalam menghasilkan Ketua atau Pemimpin yang HEBAT, kejujuran memainkan peranan yang sangat memberi kesan kepada sesiapa sahaja. Sekiranya Ketua menunjukkan tingkah laku yang jujur dan beretika, secara tidak langsung kumpulan anda juga akan mengikutnya.
Mempromosikan gaya hidup interoffice yang sihat, dan menggalakkan pasukan anda untuk memenuhi standard ini. Dengan menekankan piawaian-piawaian ini, dan memaparkannya sendiri, anda diharapkan akan mempengaruhi persekitaran pejabat menjadi ruang kerja yang mesra dan membantu.

Kepercayaan
Menyatukan kesemua orang pimpinan adalah penting untuk mewujudkan perniagaan yang teratur dan cekap, tetapi jika anda tidak belajar mempercayai pasukan anda dengan visi itu, anda mungkin tidak akan maju ke peringkat seterusnya. Penting untuk diingat bahawa mempercayai pasukan anda dengan idea anda adalah tanda kekuatan, bukan kelemahan. Memberikan tugasan kepada jabatan yang sesuai adalah salah satu kemahiran yang paling penting yang dapat anda lakukan ketika perniagaan anda berkembang.
Kunci kepada pembahagian kerja adalah mengenal pasti kekuatan pasukan anda, dan memanfaatkannyaKetahui apa yang paling disukai setiap ahli pasukan. Peluang yang baik adalah jika mereka mendapati bahawa tugas itu lebih menyeronokkan, mereka mungkin akan meletakkan lebih banyak pemikiran dan usaha untuk tugasan yang diberikan. Ini bukan sahaja membuktikan kepada pasukan anda bahawa anda percaya kepada mereka, ini juga akan membantu memberi masa tambahan kepada anda untuk memberi tumpuan tugas di peringkat yang lebih tinggi.
Komunikasi
Mengetahui apa yang anda mahu dicapai mungkin kelihatan jelas di kepala anda, tetapi jika anda cuba menerangkannya kepada orang lain dan dipenuhi dengan ungkapan kosong, anda tahu ada masalah. Jika ini adalah pengalaman anda, maka anda mungkin mahu memberi tumpuan kepada mengasah kemahiran komunikasi anda. Dapat jelas dan ringkas menerangkan apa yang anda mahu lakukan adalah sangat penting. Jika anda tidak dapat mengaitkan visi anda kepada pasukan anda,tidak akan semua berusaha ke arah matlamat yang sama.
Sikap positif
Anda ingin memastikan pasukan anda bermotivasi terhadap kejayaan syarikat yang berterusan, dan menjaga tahap tenaga semua pekerja. Sama ada itu memberikan makanan ringan, kopi, nasihat hubungan, atau sekadar jamuan ringan sekali-sekala di pejabat, ingatlah bahawa setiap orang dalam pasukan anda adalah seorang manusia. Simpan suasana pejabat dengan keseimbangan yang baik antara produktiviti dan kepuasan. Amalkan bersikap positif terhadap rakan sekerja dan juga pekerja di bawah pimpinan anda. Ini akan menghasilkan suasana yang positif di pejabat anda.
Apa yang dipaparkan ini hanya sebahagian kecil sahaja dalam menjadi Ketua/Pemimpin yang hebat, pucuk pangkalnya adalah terletak pada diri anda sendiri, ingin mencapai kemajuan anda perlulah bersikap rasional terhadap apa jua perkara yang berlaku terhadap anda. Ini bukan sahaja akan memberikan pandangan yang positif kepada anda tetapi secara tidak langsung akan memberi satu suntikan semangat kepada pekerja atau sesiapa sahaja yang berdekatan dengan anda. Ingat, jadikan pejabat anda sebuah tempat yang proaktif dan bukanya pasif.
Sekian.



Read more...

Salam Pengenalan Salam Sayang Dari Saya

Masih baru, masih lagi berjinak-jinak dengan dunia blog ni, tiada pengalaman, tiada tunjuk ajar dari orang lain, mengharap ada yang sudi singgah dan memberikan pendapat. Masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Maaf kalau blog saya ni bersepah. Saya cuba memberikan yang terbaik.
Salam kenal salam sayang dari saya.

Nama: Muhammad Izman Bin Ismail
Umur: 22 Tahun (2017)
Status: Bujang
Kerjaya: Sudah Bekerja
Hobi: Blogging tapi tak reti.

In Shaa Allah, pada masa terdekat ini akan di "publishkan" apa-apa sahaja cerita dari semasa ke semasa.

Sekian sahaja dari saya. SIMPLE!

Read more...