Isnin, 4 September 2017

Cara Refund dalam Google Play (e-book, games and other android purchasing)

Hai semua, kali ni TPB nak share  cara untuk kita buat refund dalam google play. Mungkin ramai yang dah tahu, mungkin ada juga yang masih tertanya-tanya macam mana nak refund duit sedangkan kita tak buat purchasing pun atau pun kawan or family member kita yang buat pembelian tanpa pengetahuan kita. lol. Mostly dalam google play ni nak refund purchasing berkaitan apps sahaja.

Untuk maklumat semua, refund ni hanya boleh dibuat dalam tempoh 48 JAM sahaja selepas pembelian di buat. Macam mana nak tahu yang ada orang buat pembelian? Sesiapa sahaja yang mempunyai account google play mesti akan dapat email pembelian yang dibuat dari situ kita boleh tahu detail pembelian-berapa amount, barang apa yang dibeli ( mostly in app-purchase dalam game android).

Jangan Log in di telefon anda, Kena guna komputer.!


1.Mula-mula, mesti kena log in dalam google play account



2.Dah log in dalam google play account, terus scroll down pada bahagian order history



kemudian, klik pada tiga titik yang di hujung tu then klik pada report a problem.


3. Select option report anda


anda boleh pilih option yang berkaitan dengan refund anda.


4. Masukkan sedikit penjelasan mengenai masalah anda


Sila tulis di bahagian "please describe your issue" untuk meyakinkan lagi google bahawa bukan anda yang buat pembelian tersebut. 

5. google akan email mengenai keputusan refund. 



tadaaaaaa!!!! tepuk tangan sikit. huhuhu.


Anda kena ingat, proses refund ini akan mengambil masa dari 3-5 hari bekerja dan juga bergantung pada jenis bank dan kad bank yang digunakan oleh anda. Untuk proses yang mengguna carrier billing akan mengambil masa selama 10- 20 hari bekerja. Tetapi pembelian jenis carrier billing adalah yang paling susah untuk approve terutamanya yang menggunakan jenis prepaid. Apa-apa pun, mencuba adalah lebih baik dari biarkan duit tu burn macam tu je. Betul tak?

Sekian dari TPB.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan